Engangement is done....WEDDING SOON!!!
Nampaknya majlis pertunangan edie...atau pun engangement dalam bahasa englishnya sudah selesai..tapi bila pula tarikh "wedding" nya.....
Berikut adalah gambar pertunangan edie... termasuklah cincin yang diterima oleh pihak lelaki iaitu edie...juga gambar keluarga yang lain....
Majlis ENGANGEMENT Edie...ade peliknya bagi kami orang-orang pantai barat...iaitu orang lelaki yang bertunang dapat cincin!!!(engangement ring)
Ibu pihak perempuan menyarungkan cincin (ring) kepada pihak lelaki iaitu edie manakala Puan Normah ibu Edie menyarungkan cincin kepada pihak perempuan iaitu SUZY.
Agaknya inilah hikmah edie bertunang dengan orang Kelantan...kita dapat tahu budaya mereka..kalau tidak..ape yang kita tahu...walaupun dalam satu negara...


Inilah cincin edie...ENGANGEMENT RING... ini baru tunang belum khawin lagi....he..he...
Entah ape buatannya tapi secara fizikalnya ade batu hijau ditengah-tengah dan di kelilingi oleh batu-batu berkilau laksana berlian....Hebat bukan...?!!

Lagi gambar edie dan Suzy duduk bersama-sama..macam bersanding pulak...disebelah kiri hantaran perempuan(hijau)...dan sebelah kanan hantaran lelaki..(brown colour).
Nak jadi cerita edie sebenarnya tak tahu ade sesi sarung cincin..apatah lagi kami rombongan lelaki...
oleh itu mana ade pakaian khas untuk edie.....mujurlah ade baju colour hijau yang kebetulan dia pakai...nampaklah ade persamaan sikit.....tapi hanya T- shirt.Nasiblah kau edie,.....

Gambar kenangan bersama keluarga..dari kanan gambar: berdiri : Pn Shahriz Azilla bersama anaknya Taufik Ahmad(kakak ipar edie); Najihah (adik edie);Nurul Ain (Kakak edie), Duduk baris kedua; dari kanan gambar : Norfadzilah (Kakak Edie),Suzy. Baris ketiga duduk: Arissa (anak sedara edie).
Sebenarnya ade banyak lagi maklumat yang ingin disampaikan...dan yang paling ditunggu ialah gambar-gambar hantaran yang di buat oleh Mak YAH dan adik YANTI (NORFADZILLAH).
Kalau berminat bolehlah buat tempahan kepada mereka...
Saya akan kemaskinikan blog ini..dari masa ke semasa...maaf saya tak dapat siarkan sekaligus kerana kesibukan masa..walaubagaimanapun...maklumat akan saya siarkan secepat mungkin...tunggu POST YANG AKAN DATANG.....

Keduanya di gandingkan
Suzy dan bakal mak mertua (mak edie)
